5:06pm : BN mempunyai cukup jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Adun melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.
Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin.
Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno.
Nasaruddin menafikan beliau "diculik" seperti dakwaan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.
Sumber : Malaysiakini
p/s : 1. Akhirnya kerajaan campuran Pakatan Rakyat hanya dapat bertahan selama 11 bulan jer..tp kuasa mutlak adalah di tangan Sultan Perak untuk membuat keputusan.
2. Adun Bota adalah juara lompat katak apabila kembali melompat kepada Umno setelah 2 minggu bersama Keadilan.
3. Drama politik yang menarik..banyak konflik dan kejutan..banyak duit yang telah dilaburkan..tunggu dan lihat apa pula keputusan dari rakyat perak dlm election akan datang..
4.Kerajaan yang masih berkuasa sehingga pagi ini di Perak masih lagi kerajaan campuran Pakatan Rakyat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment