Friday, November 28, 2008

Pencarian Gadis Melayu..

Hari ini aku nak story pasal satu program realiti tv yang berjaya menarik perhatian aku iaitu Gadis Melayu..

Program ini bertujuan untuk mencari seorang gadis yang berketurunan melayu, mewarisi sifat-sifat dan tradisi masyarakat melayu serta mempunyai kebijaksanaan akal fikiran. Seramai 10 orang gadis melayu telah terpilih untuk menyertai program ini..



Walaupun malaysia melangkah maju seiring dengan masa..dan budaya luar semakin menular dikalangan remaja masa kini..namun rakyat malaysia patut berbangga kerana masih ramai lagi
gadis2 muda yang memiliki ciri2 gadis melayu yang menjadi pujaan ramai.

Berikut adalah beberapa calon Gadis Melayu yang menurut aku berpontensi untuk memenangi program ini..



Nama: Nurul Khusna Binti Uma

Umur: 20 tahun

Asal: Kuantan, Pahang

Minat: Memasak, menjaga
kanak-kanak & menguruskan
rumah

Kerjaya: Pelajar

Keunikan dan Kelebihan Diri: “
Seorang yang peramah, berani,
berkeyakinan diri
dan pandai menyesuaikan diri.”




Nama: Khairul Noormaidah
Bt Zali

Umur: 23 tahun

Asal: Kuantan, Pahang

Minat: Bidang pengacaraan

Kerjaya: Pelajar

Keunikan dan Kelebihan Diri: “
Seorang yang penyayang dan
berani mengharungi apa jua
cabaran yang diberi.”





Nama: Wan Hafizah Wan Abdullah

Umur: 22 tahun

Asal: Kota Bharu, Kelantan

Minat: Peragaan & melayari
internet

Kerjaya: Pelajar

Keunikan dan Kelebihan Diri:
“Pandai berdikari dan mempunyai
keyakinan diri yang tinggi.”





Nama: Noor Afzan Binti Mohd
Afzul Khan

Umur: 27 tahun

Asal: Kota Kinabalu, Sabah

Minat: Aktiviti-aktiviti lasak

Kerjaya: Penolong Perpustakaan

Keunikan dan Kelebihan Diri:
“Pandai mengandam dan berani
menghadapiapa jua cabaran.”



Tapi seriously aku percaya di luar sana masih terdapat ramai lagi gadis melayu yang cantik2 dan sama manis dengan finalis2 program gadis melayu ini.

Gadis Melayu Promo
video

Sumber : TV9

p/s : agak2 perlukah program pencarian jejaka melayu diadakan??

Thursday, November 27, 2008

Iklan sikit..Tshirt TNF Kini Dibuka Untuk Tempahan

.kritikan membina.


terima kasih diatas kritikan membina hooligan-hooligan TNF.kami disini prihatin dengan kehendak para hooligan TNF,jadi kami tukarkan papan-papan tanda pelancongan eh silap2 tukar logo design :P dan model TNF.semoga anda semua berpuas hati~

amacam design ni?




RM19 Short sleeve.
RM21 Long Sleeve

Tarikh tutup tempahan 12/12/2008 (Jumaat)

Tarikh terima tempahan 29/12/2008 (Isnin)


tempah segera melalui Hariz dan Izuan di :


ym - prisoner_c@yahoo.com (izuan)
ym - Thugz_nerd@yahoo.com (hariz)

p/s : Sume hasil kerja telah di copy bulat2 dari blog rasmi TNF.


Wednesday, November 26, 2008

Mid Term Exam..

Sedar tak sedar..dah masuk week 3 untuk semester baru ni.cepat betul masa berlalu..kejap jer dah nak start mid term exam..

Tak sampai sebulan belajar dah midterm..lagi sebulan lg dah final pula.haih..memang terbaik la!



MMU Short Semester 2009
Total weeks = 9
Midterm = Minggu 3-6
Final = Minggu 9

Sebenarnya nak beritahu yang aku ada exam engineering math 3 malam ni.hehe..
Apa kata kalau sambil2 kalian membaca posting ni, boleh tolong doa untuk aku skali..

"Ya Allah, berilah kemudahan dan ilham kepada kami, sahabat kami khairul anwar yusof dan rakan2 yang lain. Mudah-mudahan kami dapat menjawab peperiksaan pertengahan semester kali ini dengan baik dan cemerlang..Aminn!"


Tawakal = Usaha + Doa

hehe..terima kasih!Apapun semoga kalian semua dapat menjawab dengan baik dan tawakal jerla bila lepas exam nanti..

p/s : Skrg aku menghadapi satu masalah iaitu tak reti dah nak tulis posting panjang2..maybe pas exam nti baru otak fresh sikit so br bersemangat sikit..jadi teruslah memberi sokongan pada blog ni ok!hehe..


Monday, November 24, 2008

Madagascar: Escape 2 Africa..haha

"I Like To Move It, Move It!"..tagline famous untuk sequel movie Madagascar 2 : Escape to Africa..

filem paling komedi pada tahun ini..


Barisan pelakon2 cute dalam filem Madagascar 2..


Si singa yang pandai menari


Kawan baik Alex


Badak Sumbu yang da Bomb



Si zirafah yang minat kat Gloria


Penguin2 yang sengal dan kelakar


Ketua mogok yang minta maternity leave untuk monyet?haha..


Tok Batin


Abg gym Moto Moto

Sedutan trailer movie Madagascar 2 : Escape 2 Africa




p/s : Secara overall..aku dengan murah hati nya memberikan rating 8.5/10 untuk movie wajib tonton ni..hehe

Poll Gua Tak Tipu..

Hari ini aku buat satu poll yang khas untuk pengunjung2 blog Gua Tak Tipu..


Poll ini akan ditutup dan result akan di post setelah mencapai 50 orang pertama..
Jadi saudara2 semua,sila membazir/meluangkan masa berharga anda dengan memenuhkan poll Gua Tak Tipu ini ok..hehe

"fight for your right!"

Thanks dan selamat menyambut hari Isnin..

Friday, November 21, 2008

Pembebasan Razak Baginda..

3 Minggu yang lepas, penganalisis politik, Abdul Razak Baginda Abdullah telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas dibicarakan selama 151 hari. -Utusan Malaysia-


Razak Baginda dengan gamba tak cun Altantunya

Dalam press conference yang semalam, beliau telah memberitahu wartawan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansur tidak terlibat langsung dalam pembunuhan Altantunya..

Gamba cun Altantunya

haha..yang hairan nya bagaimana dia boleh tahu mereka berdua ini tak terlibat? -HarakahDaily-
adakah dia berada di tempat kejadian??
atau dia mempunyai pasukan penyiasatan yang
lebih hebat dari polis??

ikuti sambungan satu lagi drama hebat politik peringkat tertinggi negara dalam beberapa hari lagi..

p/s : nasib baik aku tak pandai berlakon..kalau tak mesti mereka dah amik aku jadi pelakon tambahan macam Saiful Bukhari.

Iklan sikit..aktiviti terbaru Institusi Usrah

Klik untuk paparan yang lebih jelas

Wednesday, November 19, 2008

Rakyat Malaysia Suka Berbelanja..

Utusan Malaysia hari ini melaporkan tentang ramai rakyat Malaysia berbelanja melebihi pendapatan.

haha..apa yang nak di hairankan.Baru2 ni pun kerajaan bentang belanjawan 09 yang defisit.Yang pelik nya utusan tak laporkan pulak pasal defisit bajet ni.haih..

Defisit = pendapatan kurang, belanja lebih.

Sepatutnya kerajaan menjadi contoh kepada rakyat mengamalkan sikap berhemah ketika berbelanja.Selaras dengan
kempen berjimat cermat yang mereka sendiri lancarkan.

Menurut pakar2 ekonomi dari MMU pula(haha..),kalau banyak duit tapi simpan semua ekonomi pun tak jalan gak sebab duit statik jer tak rolling balik.

Jadi, berbelanja lah dengan cermat dan sokonglah barangan buatan malaysia.

p/s : yahoo..harga minyak turun lg!terima kasih kat Pak Lah..
(adakah Pak lah nak tunjuk dier baik b4 bersara? lenkali bole ulas tajuk nih,skrg bersangka baik dlu..hehe)

Apa Yang Student MMU Selalu Buat Bila Banyak Duit..

Masuk kali ni dah 3 posting yang aku buat ada bersangkut paut dengan duit..lagipun sekarang kan tengah musim elaun masuk..so posting kali ni aku nak story sikit pasal aktiviti yang biasa student MMU buat bila banyak duit..

Membeli-Belah Di Lowyat
"Bila ko nak pergi Lowyat.."ayat yang pertama aku dengar bila elaun masuk isnin lepas.haha..
Memang dah menjadi kebiasaan bagi student MMU berlumba2 meng'UPGRADE'kan desktop/laptop masing2.Apatah lagi dengan kepesatan perkembangan technology yang menjadikan gadget2 dan spare part pc makin murah..ditambah pula kalau nak main latest games(eg:Red Alert 3,Fifa09,Need For Speed Undercover,etc..) memerlukan minimum spesification yang tinggi.


Aku nak beli mouse simple2 jer..gambar hiasan


Shopping2 Di Alamanda
Alamanda sebagai satu2 nya shopping complex yang paling dekat sememangnya menjadi tumpuan penduduk sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.Dengan pembukaan GSC Cinema di alamanda baru2 ni tentunya menjadi tarikan terbaru kepada student MMU,Lim Kok Wing dan IPTS berdekatan.Selain itu, terdapat juga banyak restoran2 yang sedap dan bowling center(lane dier pendek..so bagi aku tak berapa best) kat sini.


Welcome to Alamanda Putrajaya

Shopping2 di One Utama,The Curve,Mid Valley dan lain2
Bagi yang kaki shopping(of course not me!) pula,mesti tak puas kalau setakat pusing2 alamanda tu..kalau ajak kakak aku pun mesti dia tak teruja shopping kat alamanda.haha..Bagi aku tempat2 ni sangatla besar..even men bola pun tak pancit kalau banding nak explore satu mid valley or OU tu.Aku tak perlu nak komen pasal tempat ni sebab korang mesti lagi arif kan..hehe

Join Aktiviti Persatuan Yang Menarik
Excited betul aku tengok member2 aku yang dah sampai puncak Gunung Ledang, buat program ke Singapura, ke Bandung Indonesia, Myanmar dan banyak lagi.Memang seronok betul dapat jalan2 melawat tempat baru ni walaupun bayaran dier agak tinggi tapi setimpal la dengan pengalaman yang diperoleh..apapun, aku pun ada join aktiviti Silat Cekak Hanafi yang tak kurang menarik gak..Jom Pi Kedah!harap2 tahun ni apa kata wat jauh lagi, JOm Pi Siam!haha..


Agak2 bila aku leh sampai kat puncak Gunung Kinabalu ni..


Jom Pi Kedah!


Melabur Dalam Saham Atau Unit Trust
Aku tak pasti berapa ramai student MMU yang join aktiviti2 melabur ni.Yang pastinya mesti ada juga terutamanya student dari faculty of manangement(fom) since mereka lebih terdedah kepada info2 economy ni.Namun jangan pula sangka student dari fakulti lain buta ekonomi,aku yakin mesti ada cuma the numbers is not as much as fom students.

Most Largest Private Unit Trust Company in Malaysia

Duit Simpan Dalam Bank Jer
Biasanya student jenis ni jarang keluar berjalan2, rajin study, duduk depan pc jer..Atau maybe mereka ader long term planning(eg: nak buka company, beli kereta, tolong keluarga or simpan duit untuk kahwin..hehe)

Setakat ni jerla posting kali ini..kalu korang ada info2 nak tambah boleh letak dalam ruang komen..

Tuesday, November 18, 2008

Show Me The Money..!!

Yeah..elaun dah masuk!!Hari ini kalau jalan2 jumpa student2 ytm mesti berseri-seri jer tengok muka dorang..mana tak nya, bila selisih dengan mereka last week mesti tanya duit dah masuk ker belum..haha.
Apapun selamat berbelanja dan jangan lupa menabung untuk masa depan!


Show Me The Money!

p/s: member2 yang nak belanja aku amat dialu-alukan..

Monday, November 17, 2008

Kickstart GuaTakTipu..

Assalamualaikum semua..Sebagai kickstart blog GuaTakTipu ni aku nk story sikit info2 kesihatan yang aku dapat hasil jumpa dengan doktor klinik MMU jumaat lepas.Aku sebenarnya bukan la orang yang suka sangat makan ubat doktor ni..tapi hari tu alang-alang klinik itu satu jalan nak balik hostel aku pun singgah la kejap..

haha..ubat atas tu doktor bagi for relief of joint and muscular pains since aku slalu gak wat aktiviti2 lasak dan bersukan..Aku bukan nak cerita pasal ubat tapi sebenarnya info pasal minum ais dan mandi malam..

Ok Jer Nak Minum Ais
Dulu2 kalau kita demam or batuk mesti parents bagi tahu jangan minum ais.Kata orang ais akan lambatkan batuk nak sembuh.Cuba bayangkan hidup tanpa milo ais, teh ais, sirap ais..pergh,mesti seksa kan!lebih2 lagi sekarang duduk kat cyberjaya yang p
anas macam kat gurun dah ni..haha.

Tu yang aku pelik bila doktor beritahu ais tu takde effect untuk badan kita.Sebab tubuh kita mempunyai mekanisme tersendiri untuk mengekalkan temperature optimum body bagi tindakbalas antibody secara effective.Aku happy jerla dengar info tu..pasni kalu ada orang sound kita nak makan ice cream time2 batuk boleh la counter balik..haha


Jom perkena Cornetto Ice Cream


Mandi Malam Lepas Bersukan
Maybe ramai yang anggap mandi malam tidak baik untuk kesihatan.Selalunya yang kerap mandi malam ini adalah pekerja yang balik lewat atau student yang main futsal malam2 termasuk aku gak.huhu..Ada pendapat mengatakan selalu mandi malam akan menyebabkan penyakit peparu berair.Tak dinafikan aku pun ada terjumpa artikel2 yang menyokong statement ini kat internet.

Tetapi menurut doktor MMU tu pulak, mandi malam atau siang ke..sama saja!Dua2 pun untuk kebersihan diri..tapi yang tidak digalakkan adalah tidur mengadap kipas secara direct.So pasni kepada member2 kat luar tu nak tdo jauh la sikit dari kipas,pakai baju dan kalu ada blanket lagi bagus..

p/s : kalu doktor tu tipu makna nya artikel ni secara automatiknya tak bole pakai ok!
Namun aku akan cuba dapatkan pengesahan dari doktor lain.