Thursday, March 26, 2009

Spirulina Membuat Kejutan Besar ke atas Victory FC..

Jumaat lepas telah berlangsung match yang cukup mendebarkan bagi team spirulina. Berbekalkan rekod 2 kali seri sebelum ini spirulina fc turun menentang pasukan ranking 1 mmu, Victory FC..

Dengan semangat juang yang tinggi, bermain taktik melambatkan perlawanan, lakonan jatuhan yang menjadi, barisan defend yang kental dan glove keeper yg baru..Victory FC akhirnya berjaya ditumpaskan..


Match Analysis
Result : Spirulina FC (1) - (0) Victory FC
Scorer: Jarir
Assist: Adam
Yellow Card: Jarir, Zul
Man of The Match : Jarir

Highlight

1. Match dimulakan dengan 1st-eleven spirulina menjerit "Rumah KARIM!!" untuk memperingati jasa beliau yang memberi kami makan free di Melaka beberapa minggu lepas.

2. Spirulina bermain agak cemerlang dan berjaya mendapat beberapa foul daripada kesilapan player Victory FC.

3. Banyak larian berjaya melepasi defender Victory fc, antaranya sunan, haziq, syahir panjang. Tetapi smuanya masih tidak berjaya menjaringkan gol.

4. Sunan sekali lagi berjaya membuat larian melepasi defender victory fc, beliau berjaya membuat crossing kepada syahir panjang. Tapi malangnya syahir panjang hanya rembat tepat ke arah goalkeeper Victory fc dan ditolak ke palang gol dan out. Inilah satu-satu percubaan paling bahaya setakat ini.

5. Gol spirulina hadir pada minit ke-29(pakai tibai jer) dijaringkan oleh jarir apabila defender Victory mula kucar kacir dan jarir menggunakan peluang ini sepenuhnya dgn mengdribble 3 - 4 player Victory dan shoot ke gol. Gol ini secara tidak langsung memberi semangat kepada player Spirulina.

6. Areez dengkil juga patut diberi pujian pada 1st half kerana beliau berjaya membuat byk save dari cubaan bahaya Victory FC. Dgn berkat glove baru beliau, semangat beliau mmg jelas ditunjukkan sepanjang game.

7. 2nd half menyaksikan victory mula membuat byk serangan. Tetapi byk diclearkan oleh defender spirulina.

8. Byk juga freekick yang diambil Syahir pisang on target dan memberi pressure kepade Victory FC

9. Jarir sekali lagi berjaya masok ke kotak penalti dan ditackle keras oleh defender Victory. Ref meniupkan wisell!! tapi malangnya, jarir dikenakan Yellow card kerana diving.

10. Player victory ala2 Flamini mengejutkan Spirulina dgn larian solo beliau daripada tgh sehingga ke kotak penalti. Tetapi akhirnya berjaya juga diclearkan oleh defender Spirulina. Beliau yang dikejar oleh Sunan kelihatan seperti lumba lari dan jelas kelihatan sunan kalah dalam acara tersebut. Tetapi untuk menjaga hati sunan, pihak spirulina tetap memberi "Sprinter award" untuk Sunan di Hall of Cibai.

11. Player Spirulina mula bertahan, sunan dan azim dikeluarkan dan diganti Izuan Pilus dan Azhar untuk bertahan sehingga lah wisel tamat ditiupkan. Spirulina 1 - 0 Victory FC

credit untuk blog Spirulina FC

Sepah Raja Lawak 3

Seperti dijangkakan kumpulan Sepah yang berasal dari Kulai, Johor akhirnya berjaya menggondol gelaran juara Raja Lawak 3 yang lepas..Persembahan yang konsisten dari episod pertama hingga final mereka berjaya menggelikan dan menarik hati para penonton di studio dan di rumah..Tahniah untuk kumpulan Sepah!

Jom layan episod akhir Kumpulan Sepah..

SASER terus ungguli ranking SBP..

Berikut adalah ranking penuh 54 buah SBP untuk SPM 2008. Ranking (termasuk subjek EST) yang telah dipaparkan di laman web SBP Excellent adalah seperti berikut :

  1. SASER 1.612
  2. KISAS 1.68
  3. ASIS 1.754
  4. SAMURA 1.83
  5. SESTER 1.841
  6. INTEGOMB 1.883
  7. SAINS JOHOR 1.906
  8. TKC 1.930
  9. SEPINTAR 1.951
  10. SESERI 1.979
  11. KUSESS 1.99
  12. BRAINS 2.004
  13. SEMASHUR 2.014
  14. SMSSI 2.005
  15. SEMESTA 2.059
  16. MCKK 2.073
  17. MOZAC 2.084
  18. SBPI SELANDAR 2.075
  19. SMAPK 2.11
  20. SAS 2.108
  21. FARIS PETRA 2.135
  22. SESMA 2.142
  23. ITEM 2.143
  24. STJ 2.171
  25. SAINA 2.171
  26. SMAPL 2.198
  27. INTERSABER 2.193
  28. SSP 2.188
  29. STF 2.221
  30. SBPI JEMPOL 2.248
  31. SYTRA 2.266
  32. SMACH 2.269
  33. SMSS 2.289
  34. SMSAH 2.305
  35. IGOP 2.277
  36. SMESH 2.321
  37. SBPI Kubang Pasu 2.307
  38. SBPI PEKAN 2.355
  39. INTEK 2.382
  40. SERATAS 2.409
  41. SEMSAS 2.406
  42. SDAR 2.419
  43. SCIPP 2.437
  44. SAINS KUCHING 2.438
  45. SHAH PEKAN 2.434
  46. SAINS MIRI 2.44
  47. SEMUJI 2.446
  48. SEMESTI 2.447
  49. SAKTI 2.444
  50. STAR 2.456
  51. SOKSEK 2.604
  52. SAINS LAHAD DATU 2.621
  53. SAINS DUNGUN 2.637
  54. SAINS LABUAN 2.822
Gred Purata Keseluruhan
1.61


Straight 1A = 30 orang
Straight A = 66 orang
Total Straight A = 96 orang


By Subject

BM = 1.07
English = 1.62
EST = 2.30
Math = 1.02
Add Math = 1.56
Fizik = 1.91
Kimia = 1.56
Biology = 2.77
Sejarah = 1.30
PAI = 1.25
Moral = 1.25


p/s : Congratz untuk sume guru dan student yang telah berusaha bersungguh2..Saser Namamu Teratas..yeah!

SASER = Sek Men Sains Seremban
SBP = Sekolah Berasrama Penuh


Thursday, March 12, 2009

Kecik - kecik Dah Terer Main bola..

Gua baru terjumpa video menarik kat youtube.Budak berusia 6 tahun yang suka mengelecek bola.Jom terjah..

Iklan Sikit : Cheesy Hot Dog & BBQ Hot Dog Round 3

Pemecah Berita ..!

Cheesy Hot Dog & BBQ Hot Dog


Kembali Lagi Sekali..!
(Operasi Terakhir Sebelum Mid Break)


Cheezy Hotdog yang menjadi sebutan ramai


Hotdog yang siap dimasukkan ke dalam kotak jualan

Tarikh
12 March 09

Masa
10.00 - 12.00 pm


Tempat
Hostel lagi..
(cawangan lain akan dibuka tak lama lagi..insyaAllah)

Harga
RM 2 Cheesy Hot Dog
RM 2 BBQ Hot Dog

Target
60 Biji

Status
Sold Out!!

Tuesday, March 10, 2009

Iklan Sikit : Cheezy Hotdog Vs BBQ Hotdog Round 2

Berita Baik ..!

Cheesy Hot Dog & BBQ Hot Dog

Kembali Lagi..!




Tarikh
10 March 09

Tempat
Hostel lagi..
(cawangan lain akan dibuka tak lama lagi..insyaAllah)

Harga
RM 2 Cheesy Hot Dog
RM 2 BBQ Hot Dog

Target
120 Biji

Status
Sold Out!!


Sunday, March 8, 2009

Special Maulud Nabi : Kasih Sayang Rasulullah

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.


Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,

"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul,
berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."


Jawab Nabi Muhammad saw,

"Aku akan tolong kamu semua."

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.
Aku akan kabulkan permintaanmu."


Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."



Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,

" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."



Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?

Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita?


artikel dari iLuvislam.com


Spirulina FC menang jua akhirnya..



Akhirnya Spirulina FC berjaya memecahkan badi kemenangan setelah bermain sebanyak 6 match.haha..Kemenangan yang dicari tidak datang dengan mudah kerana terpaksa meredah highway PLUS yang bernilai RM11.10 ke melaka..

Namun berkat usaha tanpa henti maka Spirulina FC akhirnya telah berjaya mengalahkan Team Institusi Usrah Melaka (IUFC) dengan keputusan 3-2 semalam..Congratz guys!!

Result!!

Spirulina FC Vs Seryes FC : 0 - 0 Draw (Friendly)
Spirulina FC Vs Ops Ngap FC: 1 - 1 Draw (League)
Spirulina FC Vs Lanun FC: 1 - 1 Draw (Friendly)
Spirulina FC Vs Kacang FC: 0 - 2 Lose (Friendly)
Spirulina FC Vs Sepang-Nyol FC: 1 - 1 Draw (League)
Spirulina FC Vs IU Melake FC: 3 -2 Win (Friendly)
Spirulina FC Vs Mantis FC: TBA
Spirulina FC Vs Victory: TBA



Tuesday, March 3, 2009

Iklan Sikit : Demam Cheesy & BBQ Hot Dog Melanda MMU..


Berita Baik ..!


Perasmian penjualan Hot Dog buat pertama kali nya di Hostel Cyberjaya..


Memperkenalkan..




Cheesy Hot Dog & BBQ Hot Dog



Tarikh
3 March 09

Tempat
Hostel sahaja
(cawangan lain akan dibuka tak lama lagi..insyaAllah)

Harga
RM 2 Cheesy Hot Dog
RM 2 BBQ Hot Dog

Target
60 Biji

Status
Sold Out!