Wednesday, February 4, 2009

BN Bentuk Kerajaan Baru Perak

5:06pm : BN mempunyai cukup jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Adun melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.

Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin.

Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno.

Nasaruddin menafikan beliau "diculik" seperti dakwaan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Sumber : Malaysiakini



p/s : 1. Akhirnya kerajaan campuran Pakatan Rakyat hanya dapat bertahan selama 11 bulan jer..tp kuasa mutlak adalah di tangan Sultan Perak untuk membuat keputusan.

2. Adun Bota adalah juara lompat katak apabila kembali melompat kepada Umno setelah 2 minggu bersama Keadilan.

3. Drama politik yang menarik..banyak konflik dan kejutan..banyak duit yang telah dilaburkan..tunggu dan lihat apa pula keputusan dari rakyat perak dlm election akan datang..

4.Kerajaan yang masih berkuasa sehingga pagi ini di Perak masih lagi kerajaan campuran Pakatan Rakyat..

Pergolakan Politik di Perak..

PEMECAH BERITA : MENTERI BESAR PERAK BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada jam 3.50 petang tadi.

Beliau diterima mengadap untuk memohon perkenan Sultan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta.

Bagaimanapun, beberapa Ahli Exco negeri yang turut bersama Menteri Besar tidak dibenarkan masuk mengadap.

sumber : Berita Harian


Perak Sultan said to want unity government


IPOH, Feb 4 — Political circles are buzzing with talk that Perak Sultan Azlan Shah has asked Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin to form a unity government amid swirling rumours that deputy state speaker Hee Yit Foong has also turned independent.


If her move is confirmed, the Jelapang assemblywoman joins two PKR state assemblymen who have declared themselves independent and makes Nizar’s administration a minority government. The Pakatan Rakyat government now holds 29 seats to Barisan Nasional’s 27 in the 59-seat assembly.


Nizar has also delayed a press conference scheduled at 1pm which had given rise to speculation that he would dissolve the state assembly.


sumber : Malaysian Insider