Wednesday, December 31, 2008

Semenanjung Gaza : Di manakah kita..

Info2 terbaru tentang keganasan Israel di bumi palestine..


1)500 sertai himpunan bantah kekejaman Israel ke atas Palestin di KL semalam.
Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat semalam

Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.
sumber : Harakahdaily

2)
Terkini : Bot "Dignity" diserang tentera laut rejim Zionis !


Satu bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah untuk rakyat palestine telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Menurut pergerakan Free Gaza, bot yang dipanggil The Dignity itu telah ditembak pada jam 6:45 pagi Selasa tadi.

Dalam satu siaran akhbar, pergerakan Free Gaza menyatakan, “Bertentangan dengan undang-undang laut antarabangsa, tentera laut rejim Zionis menghalang bot Dignity daripada menghampiri Gaza atau mencari perlindungan sama ada di Mesir atau Lubnan.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx


3)Terkini : Kubu Hamas musnah dalam serangan udara terbaru pagi tadi.
Beberapa kapal terbang rejim Zionis telah melancarkan beberapa serangan udara di semenanjung Gaza. Serangan tersebut telah mencederakan 3 rakyat Palestin termasuk seorang cedera parah.

Beberapa saksi telah memberitahu bahawa serangan berlaku awal pagi di mana telah memusnahkan stesyen polis pihak Hamas dan beberapa bangunan lain. Serangan tersebut juga telah memusnakan bengkel-bengkel di tengah pekan Gaza termasuk kubu-kubu Hamas di utara Beit Lahiya. Kubu Hamas berdekatan Beit Hanoun juga turut musnah.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mannn_26

4)Lebih 374 orang gugur syahid dalam serangan udara terbaru pengganas Israel di Gaza manakala lebih 300 cedera, lapor AFP.

Pengganas yang menjadi Menteri Pertahanan entiti haram Israel, Ehud Barak la'natuLlah dengan penuh kedurjanaan menyatakan serangan "Operation Cast Lead" itu akan berlanjutan selagi diperlukan.

Salah seorang pemimpin kanan Hizbullah, Sheikh Hashem Safieddine menegaskan: "Rakyat Gaza tidak bersendirian...perkembangan dalam beberapa hari lagi akan membuktikannya.
sumber : penarik beca



p/s : Kadang2 aku pun terkilan dgn diri sendiri sbb tak mampu berbuat apa2 utk membantu rakyat palestine kecuali hanya berdoa..

Dan aku agak terkesima dgn info yg akak aku bg td..dia kata saudara Lim Guan Eng ada bg cadangan kpd kerajaan supaya menyambut thn br 2009 secara sederhana dan segala peruntukan itu disalurkan utk membantu rakyat Palestine.

aku rasa cadangan ni agak menarik especially bila datangnya dari non-muslim sendiri..


Sunday, December 21, 2008

Datuk Nicol , Perkahwinan Selebriti dan Fuel Efficiency Awards

Sebenarnya banyak info yang selalu aku dah fikir nak kongsi kat blog ni, tapi hangat2 tahi ayam jer..kejap jer dah lupa.So sementara aku ingat lagi ni..untuk posting yang panjang kali ini aku letak 3 topik untuk dikupas bersama2..

Champion of Champion 2008


Datuk Nicol David telah sekali lagi mengharumkan nama Malaysia dalam arena sukan.Kali ini beliau telah dipilih untuk diundi dalam Champion of Champion 2008 ESPN STAR.

Paling mengejutkan, beliau telah mengalahkan player bola terkenal Cristiano Ronaldo di peringkat quater final.haha..jom vote for Datuk Nicol David!!


Perkahwinan Selebriti



Congratz kepada pengantin baru Mawi-Ikin,Rita Rudaini-Aidil Zafuan & Que Haidar-Linda Jasmine..haha.hari ni aku wartawan hiburan kejap..

Nampaknya kini telah menjadi trend baru dikalangan artis malah termasuk juga masyarakat tempatan iaitu memilih pasangan wanita yang lebih tua dari lelaki.Adakah masyarakat kini mahu mengambil sunnah Nabi SAW yang berkahwin dengan Saidatina Khadijah..hehe.Apapun jodoh pertemuan adalah di tangan tuhan dan semoga pasangan ini kekal ke akhir hayat.

Sedikit pro dan contras situasi ini..
Pro..
1)Mengurangkan maksiat
- perkara positif yang terbesar dalam situasi ini.

2)Memberi harapan kepada wanita yang berumur atau janda

3)Menggalakkan poligami
- Seriously bukan aku nak galakkan mereka berpoligami since aku pun tahu effect dia kalau tak dapat berlaku adil.tapi bayangkan lah dalam 20 tahun lagi..adakah rita dan linda mampu memberikan layanan seperti sekarang kepada suami yang ketika itu baru dalam lingkungan 40-an..tepuk dada,tanya..

4)Masyarakat semakin maju dan berfikiran terbuka


Contra pula.
1)Anak dara kena berkongsi 'market' dengan janda/matured, experience

2)Keluarga terutama ibu susah hati
-Normal la kalau ibu bapa berharap agar anak2 mereka bertemu dengan jodoh yang baik.especially si ibu pasti tidak berapa berkenan jika anak lelaki mereka memilih janda atau wanita yang berumur.Namun sekali lagi jodoh pertemuan adalah kuasa tuhan, bukan hak kita untuk mempersoalkannya.

p/s : aku mmg x berbakat membuat posting tentang hiburan ni.so maybe ni artikel hiburan yang pertama dan terakhir dalam blog ni..


Asian Auto-BOSCH Fuel Efficiency Awards 2008 Vehicle Winners


Ok..cerita sempoi pulak, pada jumaat lepas telah berlangsung majlis penyampaian pengiktirafan kepada pengeluar2 kereta yang telah menghasilkan kereta yang jimat minyak.Dan kereta nasional produa viva dan proton persona kita telah berjaya membolot tempat pertama dalam kategori masing2.


Compact City Car

1. Perodua Viva - 4.8L/100km
2. Hyundai i10 - 5.0L/100km
3. Proton Savvy LITE - 5.7L/100km


Compact Premium City Car

1. Fiat Panda - 5.6L/100km
2. Naza Bestari 206 - 5.9L/100km
3. Suzuki Swift - 6.7L/100km



Family Car

1. Proton Persona - 6.6L/100km
2. Hyundai Accent - 7.0L/100km
3. Chevrolet Aveo Sedan - 7.3L/100km


Premium Family Car

1. Honda Civic 1.8 - 6.9L/100km
2. Mitsubishi Lancer GT - 8.2L/100km
3. Hyundai Elantra - 8.4L/100km


Luxury Family Car

1. Mercedes Benz B-Class 170 - 7.1L/100km
2. Hyundai Sonata 2.0 - 8.4L/100km
3. Mazda6 2.0 - 8.7L/100km


Executive Car

1. Audi A4 - 7.4L/100km
2. Mercedes C-Class 200K - 7.6L/100km
3. Volvo S60 2.0T - 7.9L/100km


Premium Executive Car

1. Audi A6 TFSi - 8.5L/100km
2. Mercedes E-Class 200K - 8.7L/100km
3. BMW 523i - 9.3L/100km


aku harap info ini dapat membantu para readers guataktipu dalam membuat penilaian untuk membeli kereta..aku pernah dengar 'pakar'2 economy mmu kata kereta ni bukan asset tapi liability..

sebab??yerla kan dari tahun ke tahun harga kereta akan makin menurun.so, buat la pemilihan yang terbaik..

p/s : Kereta yang aku minat cam new saga, honda city dgn toyota vios xde pulak dlm list ni..huhu