Wednesday, December 31, 2008

Semenanjung Gaza : Di manakah kita..

Info2 terbaru tentang keganasan Israel di bumi palestine..


1)500 sertai himpunan bantah kekejaman Israel ke atas Palestin di KL semalam.
Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat semalam

Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.
sumber : Harakahdaily

2)
Terkini : Bot "Dignity" diserang tentera laut rejim Zionis !


Satu bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah untuk rakyat palestine telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Menurut pergerakan Free Gaza, bot yang dipanggil The Dignity itu telah ditembak pada jam 6:45 pagi Selasa tadi.

Dalam satu siaran akhbar, pergerakan Free Gaza menyatakan, “Bertentangan dengan undang-undang laut antarabangsa, tentera laut rejim Zionis menghalang bot Dignity daripada menghampiri Gaza atau mencari perlindungan sama ada di Mesir atau Lubnan.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx


3)Terkini : Kubu Hamas musnah dalam serangan udara terbaru pagi tadi.
Beberapa kapal terbang rejim Zionis telah melancarkan beberapa serangan udara di semenanjung Gaza. Serangan tersebut telah mencederakan 3 rakyat Palestin termasuk seorang cedera parah.

Beberapa saksi telah memberitahu bahawa serangan berlaku awal pagi di mana telah memusnahkan stesyen polis pihak Hamas dan beberapa bangunan lain. Serangan tersebut juga telah memusnakan bengkel-bengkel di tengah pekan Gaza termasuk kubu-kubu Hamas di utara Beit Lahiya. Kubu Hamas berdekatan Beit Hanoun juga turut musnah.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mannn_26

4)Lebih 374 orang gugur syahid dalam serangan udara terbaru pengganas Israel di Gaza manakala lebih 300 cedera, lapor AFP.

Pengganas yang menjadi Menteri Pertahanan entiti haram Israel, Ehud Barak la'natuLlah dengan penuh kedurjanaan menyatakan serangan "Operation Cast Lead" itu akan berlanjutan selagi diperlukan.

Salah seorang pemimpin kanan Hizbullah, Sheikh Hashem Safieddine menegaskan: "Rakyat Gaza tidak bersendirian...perkembangan dalam beberapa hari lagi akan membuktikannya.
sumber : penarik beca



p/s : Kadang2 aku pun terkilan dgn diri sendiri sbb tak mampu berbuat apa2 utk membantu rakyat palestine kecuali hanya berdoa..

Dan aku agak terkesima dgn info yg akak aku bg td..dia kata saudara Lim Guan Eng ada bg cadangan kpd kerajaan supaya menyambut thn br 2009 secara sederhana dan segala peruntukan itu disalurkan utk membantu rakyat Palestine.

aku rasa cadangan ni agak menarik especially bila datangnya dari non-muslim sendiri..


No comments: