Wednesday, December 31, 2008
Semenanjung Gaza : Di manakah kita..
1)500 sertai himpunan bantah kekejaman Israel ke atas Palestin di KL semalam.
Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat semalam
Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.
sumber : Harakahdaily
2)Terkini : Bot "Dignity" diserang tentera laut rejim Zionis !
Satu bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah untuk rakyat palestine telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Menurut pergerakan Free Gaza, bot yang dipanggil The Dignity itu telah ditembak pada jam 6:45 pagi Selasa tadi.
Dalam satu siaran akhbar, pergerakan Free Gaza menyatakan, “Bertentangan dengan undang-undang laut antarabangsa, tentera laut rejim Zionis menghalang bot Dignity daripada menghampiri Gaza atau mencari perlindungan sama ada di Mesir atau Lubnan.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx
3)Terkini : Kubu Hamas musnah dalam serangan udara terbaru pagi tadi.
Beberapa kapal terbang rejim Zionis telah melancarkan beberapa serangan udara di semenanjung Gaza. Serangan tersebut telah mencederakan 3 rakyat Palestin termasuk seorang cedera parah.
Beberapa saksi telah memberitahu bahawa serangan berlaku awal pagi di mana telah memusnahkan stesyen polis pihak Hamas dan beberapa bangunan lain. Serangan tersebut juga telah memusnakan bengkel-bengkel di tengah pekan Gaza termasuk kubu-kubu Hamas di utara Beit Lahiya. Kubu Hamas berdekatan Beit Hanoun juga turut musnah.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mannn_26
4)Lebih 374 orang gugur syahid dalam serangan udara terbaru pengganas Israel di Gaza manakala lebih 300 cedera, lapor AFP.
Pengganas yang menjadi Menteri Pertahanan entiti haram Israel, Ehud Barak la'natuLlah dengan penuh kedurjanaan menyatakan serangan "Operation Cast Lead" itu akan berlanjutan selagi diperlukan.
Salah seorang pemimpin kanan Hizbullah, Sheikh Hashem Safieddine menegaskan: "Rakyat Gaza tidak bersendirian...perkembangan dalam beberapa hari lagi akan membuktikannya.
sumber : penarik beca
p/s : Kadang2 aku pun terkilan dgn diri sendiri sbb tak mampu berbuat apa2 utk membantu rakyat palestine kecuali hanya berdoa..
Dan aku agak terkesima dgn info yg akak aku bg td..dia kata saudara Lim Guan Eng ada bg cadangan kpd kerajaan supaya menyambut thn br 2009 secara sederhana dan segala peruntukan itu disalurkan utk membantu rakyat Palestine.
aku rasa cadangan ni agak menarik especially bila datangnya dari non-muslim sendiri..
Sunday, December 21, 2008
Datuk Nicol , Perkahwinan Selebriti dan Fuel Efficiency Awards
Champion of Champion 2008
Datuk Nicol David telah sekali lagi mengharumkan nama Malaysia dalam arena sukan.Kali ini beliau telah dipilih untuk diundi dalam Champion of Champion 2008 ESPN STAR.
Paling mengejutkan, beliau telah mengalahkan player bola terkenal Cristiano Ronaldo di peringkat quater final.haha..jom vote for Datuk Nicol David!!
Perkahwinan Selebriti
Congratz kepada pengantin baru Mawi-Ikin,Rita Rudaini-Aidil Zafuan & Que Haidar-Linda Jasmine..haha.hari ni aku wartawan hiburan kejap..
Nampaknya kini telah menjadi trend baru dikalangan artis malah termasuk juga masyarakat tempatan iaitu memilih pasangan wanita yang lebih tua dari lelaki.Adakah masyarakat kini mahu mengambil sunnah Nabi SAW yang berkahwin dengan Saidatina Khadijah..hehe.Apapun jodoh pertemuan adalah di tangan tuhan dan semoga pasangan ini kekal ke akhir hayat.
Sedikit pro dan contras situasi ini..
Pro..
1)Mengurangkan maksiat
- perkara positif yang terbesar dalam situasi ini.
2)Memberi harapan kepada wanita yang berumur atau janda
3)Menggalakkan poligami
- Seriously bukan aku nak galakkan mereka berpoligami since aku pun tahu effect dia kalau tak dapat berlaku adil.tapi bayangkan lah dalam 20 tahun lagi..adakah rita dan linda mampu memberikan layanan seperti sekarang kepada suami yang ketika itu baru dalam lingkungan 40-an..tepuk dada,tanya..
4)Masyarakat semakin maju dan berfikiran terbuka
Contra pula.
1)Anak dara kena berkongsi 'market' dengan janda/matured, experience
2)Keluarga terutama ibu susah hati
-Normal la kalau ibu bapa berharap agar anak2 mereka bertemu dengan jodoh yang baik.especially si ibu pasti tidak berapa berkenan jika anak lelaki mereka memilih janda atau wanita yang berumur.Namun sekali lagi jodoh pertemuan adalah kuasa tuhan, bukan hak kita untuk mempersoalkannya.
p/s : aku mmg x berbakat membuat posting tentang hiburan ni.so maybe ni artikel hiburan yang pertama dan terakhir dalam blog ni..
Asian Auto-BOSCH Fuel Efficiency Awards 2008 Vehicle Winners
Ok..cerita sempoi pulak, pada jumaat lepas telah berlangsung majlis penyampaian pengiktirafan kepada pengeluar2 kereta yang telah menghasilkan kereta yang jimat minyak.Dan kereta nasional produa viva dan proton persona kita telah berjaya membolot tempat pertama dalam kategori masing2.
Compact City Car
1. Perodua Viva - 4.8L/100km
2. Hyundai i10 - 5.0L/100km
3. Proton Savvy LITE - 5.7L/100km
Compact Premium City Car
1. Fiat Panda - 5.6L/100km
2. Naza Bestari 206 - 5.9L/100km
3. Suzuki Swift - 6.7L/100km
Family Car
1. Proton Persona - 6.6L/100km
2. Hyundai Accent - 7.0L/100km
3. Chevrolet Aveo Sedan - 7.3L/100km
Premium Family Car
1. Honda Civic 1.8 - 6.9L/100km
2. Mitsubishi Lancer GT - 8.2L/100km
3. Hyundai Elantra - 8.4L/100km
Luxury Family Car
1. Mercedes Benz B-Class 170 - 7.1L/100km
2. Hyundai Sonata 2.0 - 8.4L/100km
3. Mazda6 2.0 - 8.7L/100km
Executive Car
1. Audi A4 - 7.4L/100km
2. Mercedes C-Class 200K - 7.6L/100km
3. Volvo S60 2.0T - 7.9L/100km
Premium Executive Car
1. Audi A6 TFSi - 8.5L/100km
2. Mercedes E-Class 200K - 8.7L/100km
3. BMW 523i - 9.3L/100km
sebab??yerla kan dari tahun ke tahun harga kereta akan makin menurun.so, buat la pemilihan yang terbaik..
p/s : Kereta yang aku minat cam new saga, honda city dgn toyota vios xde pulak dlm list ni..huhu
Saturday, December 20, 2008
Poll result..
jeng..jeng..jeng..cuma 31 readers jer yang rajin contribute kat poll guataktipu ni.walaupun tak mencapai target sebanyak 50 readers, overall aku rasa ok la tu untuk poll yang pertama ni..InsyaAllah pasni aku akan buat poll guataktipu yang lebih menarik dan simple2 jer untuk pengunjung2 semua.
Overall nya kebanyakan readers guataktipu adalah terdiri dari golongan student dan berumur awal 20-an.cuma tak sangka ada gak golongan tua( over 50 years) yang view blog ni..haha
Wednesday, December 17, 2008
Insiden Bush kena baling kasut..
lepas dah bunuh ramai rakyat tempatan dan mencetuskan keganasan di iraq pun berani lagi datang kat negara tu..
Tuesday, December 16, 2008
Iklan sikit..
Berminat nak join XPDC berakit di ulu kenas,sg perak?.. Persatuan Silat Cekak Ustz Hanafi MMU Cyberjaya akan mengadakan program Ekspedisi Berakit Di Ulu Kenas
Tarikh : 24hb Jan - 28hb Jan
[week 3 cuti trimester]
Tempat : Sg.Perak,Ulu Kenas
Bayaran: RM20 (5 hari)
Konsep : survival
Penganjur bersama: BTN ??
Tarikh tutup penyertaan 26 Disember 2009
Penyertaan ini terbuka pada sesiapa sahaja yang berminat. Sebarang penyertaan dan pertanyaan boleh hubungi mana2 contact person ini.
Azhar(0136296544,ym:fto5487@yahoo.com)
Ezwan(0193720717,ym:nawez108@yahoo.com)
Fiena (0193633763,fiena_1211@yahoo.com).
Penyertaan anda amatla kami alu-alukan. terima kaseh.
Iklan 2
IU induction Camp(19,20 & 21 Disember 2008)!!!
Inginkan suasana nyaman dan tenang?
rindukan kicauan burung yg comel2?
ingin menikmati kejernihan sungai ciptaan tuhan yg sejuk dan mengiurkan?
Institusi Usrah membawakn kepada anda sebuah program lasak yang menyeronokkan
seperti:
-Jungle Tracking sambil mempelajari cara menyembelih ayam
-Kembara malam yang mengasyikkan
-kembara ukhwah yang menghiburkan dan
pelbagai lagi aktiviti2 lain yang menarik!!
tempat:kem rimba ria,sungai
congkak insyallah..anda tidak akan menyesal!!.. tempat sangat2 terhad!!..
berminat??..
Sila daftarkn diri pada ketua2 biro anda yang tersayang or kepada
exco yg tertera dibawah sebelum 14 Disember:
Bro Fuad aka dj fuadh/p:0132016728 ym:akunye_email
Sis Shuhada h/p:0132003105ym: sunflowergal88
Tuesday, December 9, 2008
Isu2 Gempar..
Raya puasa yang 1 hari pun rakyat malaysia celebrate 1 bulan..kalau raya haji yang 3 hari ini, camner ek??
Tahun ni surau aku buat korban sebanyak 6 ekor lembu.Kalau tahun2 lepas aku stay kat surau tolong2 angkat daging lembu, tahun ni lepas sembelih jer aku dah blah.hehe..
Hujan renyai2 sepanjang hari menjadi alasan utama.lagipun aku tengok dah ramai orang (kebanyakan nya tua2 dan tak bagi chance orang muda join melapah skali) dah ada kat situ..
so, lepak kat rumah jerla jawabnya.time zohor tu baru datang balik amik daging.haha..
maybe kena tunggu lagi 10 tahun baru la aku dapat chance melapah lembu2 kat surau tu kot.
P/s : Selamat Hari Raya Korban Untuk Semua..
Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang
Kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa kali ini memang menggemparkan seluruh negara.3 hari berturut2 para wartawan stesen buat liputan tentang isu ini.
Tak sampai 5 minit pun tempat kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa tu dari rumah aku, taman permata.(naik motor/kereta = 5minit, jln kaki >1/2 jam)
Sekalung takziah kepada keluarga mangsa2 yang terkorban..(tak termasuk lembu2 utk raya korban)
Bola Sepak : Skuad Negara Kecundang Lagi
Hurmm.apo nak di kato..aku cuma sempat tengok match Malaysia vs Vietnam 10 minit jer.Tengah layan bola tu boleh pulak kakak aku mintak tolong hantar ke INTAN(tengah kursus 6 bulan).Pastu bila aku sampai rumah jer match tu dah habis.nice..
Aku memang tak mengharap apa2 pun untuk skuad kebangsaan ni.Bukan sebab tak patriotik, cuma dah malas nak join member mengutuk2 team sendiri bila dah kalah..
Setelah tengok video di atas, aku dapat rasakan ada peningkatan dalam permainan malaysia. Cuma barisan serangan agak tumpul untuk memanfaatkan peluang dan kesilapan mudah penjaga gol menyebabkan skuad negara tidak bernasib baik semalam.
Keputusan : Malaysia 2-3 Vietnam
Perutusan Hari Kelahiran
Terima kasih dan segala puji bagi Tuhan Yang Esa kerana telah memberikan kesempatan untuk hidup sehingga mencecah umur genap 21 tahun hari ini.
Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa yang telah membesarkan aku dengan baik semoga aku menjadi orang yang berguna kepada agama, keluarga dan masyarakat.
Pesanan mak aku pagi tadi " Jadi anak yang baik, nanti boleh jaga mak".
Terima kasih kepada guru2 dan rakan2 yang telah menjadi medium terbaik untuk aku selama ini dalam mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang kehidupan.
Hari ini aku nak umumkan yang aku dah boleh mengundi untuk election akan datang!
hehe..
Friday, December 5, 2008
Keputusan TNF
Juara = Team Arianto
Naib Juara = Team Shabiul
Ketiga = Team Gobbi
Keempat = Team Lim Swee Cheng
Kelima = Team Jayaselan
p/s : analisis, comment dan cadangan akan di post tidak lama lagi..
Thursday, December 4, 2008
Harga Minyak Turun Lagi..
Harga Lama
Petrol - Rm2.00
Diesel - Rm1.90
Harga Baru
Petrol - Rm1.90
Diesel - Rm1.80
Zaid Ibrahim dipecat dari Umno
Datuk Zaid Ibrahim telah dipecat dari Umno pada malam tadi ekoran tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghadiri perhimpunan parti Keadilan baru2 ini.
Wednesday, December 3, 2008
Berlagak..
1)Mengejek nama mak ayah..(tak bole blah)
2)Menghina bangsa orang lain walaupun seagama(gila racist..). bukan ker semua orang muslim itu bersaudara..
3)Merendah2kan orang lain dengan menganggap dirinya adalah manusia yang paling perfect kat dunia.(damn..berlagak nak mampos!)
4)Mencarut tak tentu pasal..
Apa puncanya??seriously aku tak tahu apa masalah orang2 macam ni..
Beberapa solution yang aku fikir boleh kongsi..
1)Berfikiran matang la sikit
2)Belajar hidup bermasyarakat
3)Belajar menghormati orang lain
4)lu pikir la sendiri..
p/s : org yg berlagak aku bole terima lagi, tp kalu org berlagak sambil menghina org lain mmg sesuatu yg x dpt diterima langsung..
Tuesday, December 2, 2008
Yoga haram...apsal non muslim nak sibuk2!
Aku sebagai orang biasa2 dan tidak mempunyai ilmu terutama dalam bidang yoga ini memang meletakkan kepercayaan 100% kepada setiap keputusan Majlis Fatwa.
Yang aku panas dan tak puas hati ni apahal pulak ader blog2 milik non-muslim ni dengan selamber jer mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa.Malah yang lebih hebat ada juga ngo yang menganjurkan demonstrasi menentang Fatwa pengkid baru2 ni.
Biar aku clarify sikit pasal isu2 ini..
"Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan haram untuk umat Islam mengamalkan senaman yoga yang sistematik dan lengkap."
Jadi, apsal orang cina india ni nak sibuk2 urusan orang Islam..kalau mereka nak buat jugak lantak la..jangan nak menghasut orang lain pulak..haih..