Tuesday, December 9, 2008

Isu2 Gempar..

Selamat Hari Raya AidilAdha

Raya puasa yang 1 hari pun rakyat malaysia celebrate 1 bulan..kalau raya haji yang 3 hari ini, camner ek??

lembu2 berbaris untuk di sembelih

Tahun ni surau aku buat korban sebanyak 6 ekor lembu.Kalau tahun2 lepas aku stay kat surau tolong2 angkat daging lembu, tahun ni lepas sembelih jer aku dah blah.hehe..

Hujan renyai2 sepanjang hari menjadi alasan utama.lagipun aku tengok dah ramai orang (kebanyakan nya tua2 dan tak bagi chance orang muda join melapah skali) dah ada kat situ..


so, lepak kat rumah jerla jawabnya.time zohor tu baru datang balik amik daging.haha..

maybe kena tunggu lagi 10 tahun baru la aku dapat chance melapah lembu2 kat surau tu kot.

P/s : Selamat Hari Raya Korban Untuk Semua..

Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang

Kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa kali ini memang menggemparkan seluruh negara.3 hari berturut2 para wartawan stesen buat liputan tentang isu ini.


Tak sampai 5 minit pun tempat kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa tu dari rumah aku, taman permata.(naik motor/kereta = 5minit, jln kaki >1/2 jam)

Sekalung takziah kepada keluarga mangsa2 yang terkorban..(tak termasuk lembu2 utk raya korban)


Bola Sepak : Skuad Negara Kecundang Lagi



Hurmm.apo nak di kato..aku cuma sempat tengok match Malaysia vs Vietnam 10 minit jer.Tengah layan bola tu boleh pulak kakak aku mintak tolong hantar ke INTAN(tengah kursus 6 bulan).Pastu bila aku sampai rumah jer match tu dah habis.nice..

Aku memang tak mengharap apa2 pun untuk skuad kebangsaan ni.Bukan sebab tak patriotik, cuma dah malas nak join member mengutuk2 team sendiri bila dah kalah..

Setelah tengok video di atas, aku dapat rasakan ada peningkatan dalam permainan malaysia. Cuma barisan serangan agak tumpul untuk memanfaatkan peluang dan kesilapan mudah penjaga gol menyebabkan skuad negara tidak bernasib baik semalam.

Keputusan : Malaysia 2-3 Vietnam




Perutusan Hari Kelahiran

Terima kasih dan segala puji bagi Tuhan Yang Esa kerana telah memberikan kesempatan untuk hidup sehingga mencecah umur genap 21 tahun hari ini.

Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa yang telah membesarkan aku dengan baik semoga aku menjadi orang yang berguna kepada agama, keluarga dan masyarakat.

Pesanan mak aku pagi tadi " Jadi anak yang baik, nanti boleh jaga mak".

Terima kasih kepada guru2 dan rakan2 yang telah menjadi medium terbaik untuk aku selama ini dalam mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang kehidupan.

Hari ini aku nak umumkan yang aku dah boleh mengundi untuk election akan datang!
hehe..

No comments: