Showing posts with label Cyberjaya. Show all posts
Showing posts with label Cyberjaya. Show all posts

Thursday, April 30, 2009

Readers Guataktipu Tunjuk Perasaan..

Readers guataktipu hampir2 melancarkan mogok dan tunjuk perasaan bagi memprotes kemalasan blog guataktipu dalam mengupdate entry nya..haha

Suara2 tidak puas hati yang dapat dilihat di shoutbox..




Jadi sebelum mereka mengambil tindakan memboikot guataktipu..bagi meredakan keadaan, pihak pengurusan blog akan berusaha untuk mengupdate blog sekurang2 nya seminggu sekali..


Wednesday, April 29, 2009

Iklan Sikit : IU Dinner 09..

THE MUSLIM REVOLUTION

EMPRESS HOTEL,SEPANG

2 MAY 2009


Theme :
" PURPLE & SILVER "

INTERNATIONAL BUFFET

For only RM20.00nett !!!!
Tunggu apa lagi, dapatkan tiket anda sekarang
visit our booth for reservation

or

YM
Mr.Khalid (ym: khalidazmi_5259)
Mr.Karim(ym: southpaw_at7)

Bus will be provided to go there,don't worry~!!
Many thanks to Unit Khazanah Usrah Institution, Cyberjaya Campus




p/s :
1. Posting kali ini adalah bertujuan untuk mengambil hati member2 sebab
dah nak sebulan tidak buat posting baru.hehe..
2. Dapat promote satu event dinner yang murah..bak kata karim

"all you can eat for RM20 nett!!!"


Thursday, March 26, 2009

Spirulina Membuat Kejutan Besar ke atas Victory FC..

Jumaat lepas telah berlangsung match yang cukup mendebarkan bagi team spirulina. Berbekalkan rekod 2 kali seri sebelum ini spirulina fc turun menentang pasukan ranking 1 mmu, Victory FC..

Dengan semangat juang yang tinggi, bermain taktik melambatkan perlawanan, lakonan jatuhan yang menjadi, barisan defend yang kental dan glove keeper yg baru..Victory FC akhirnya berjaya ditumpaskan..


Match Analysis
Result : Spirulina FC (1) - (0) Victory FC
Scorer: Jarir
Assist: Adam
Yellow Card: Jarir, Zul
Man of The Match : Jarir

Highlight

1. Match dimulakan dengan 1st-eleven spirulina menjerit "Rumah KARIM!!" untuk memperingati jasa beliau yang memberi kami makan free di Melaka beberapa minggu lepas.

2. Spirulina bermain agak cemerlang dan berjaya mendapat beberapa foul daripada kesilapan player Victory FC.

3. Banyak larian berjaya melepasi defender Victory fc, antaranya sunan, haziq, syahir panjang. Tetapi smuanya masih tidak berjaya menjaringkan gol.

4. Sunan sekali lagi berjaya membuat larian melepasi defender victory fc, beliau berjaya membuat crossing kepada syahir panjang. Tapi malangnya syahir panjang hanya rembat tepat ke arah goalkeeper Victory fc dan ditolak ke palang gol dan out. Inilah satu-satu percubaan paling bahaya setakat ini.

5. Gol spirulina hadir pada minit ke-29(pakai tibai jer) dijaringkan oleh jarir apabila defender Victory mula kucar kacir dan jarir menggunakan peluang ini sepenuhnya dgn mengdribble 3 - 4 player Victory dan shoot ke gol. Gol ini secara tidak langsung memberi semangat kepada player Spirulina.

6. Areez dengkil juga patut diberi pujian pada 1st half kerana beliau berjaya membuat byk save dari cubaan bahaya Victory FC. Dgn berkat glove baru beliau, semangat beliau mmg jelas ditunjukkan sepanjang game.

7. 2nd half menyaksikan victory mula membuat byk serangan. Tetapi byk diclearkan oleh defender spirulina.

8. Byk juga freekick yang diambil Syahir pisang on target dan memberi pressure kepade Victory FC

9. Jarir sekali lagi berjaya masok ke kotak penalti dan ditackle keras oleh defender Victory. Ref meniupkan wisell!! tapi malangnya, jarir dikenakan Yellow card kerana diving.

10. Player victory ala2 Flamini mengejutkan Spirulina dgn larian solo beliau daripada tgh sehingga ke kotak penalti. Tetapi akhirnya berjaya juga diclearkan oleh defender Spirulina. Beliau yang dikejar oleh Sunan kelihatan seperti lumba lari dan jelas kelihatan sunan kalah dalam acara tersebut. Tetapi untuk menjaga hati sunan, pihak spirulina tetap memberi "Sprinter award" untuk Sunan di Hall of Cibai.

11. Player Spirulina mula bertahan, sunan dan azim dikeluarkan dan diganti Izuan Pilus dan Azhar untuk bertahan sehingga lah wisel tamat ditiupkan. Spirulina 1 - 0 Victory FC

credit untuk blog Spirulina FC

Thursday, March 12, 2009

Iklan Sikit : Cheesy Hot Dog & BBQ Hot Dog Round 3

Pemecah Berita ..!

Cheesy Hot Dog & BBQ Hot Dog


Kembali Lagi Sekali..!
(Operasi Terakhir Sebelum Mid Break)


Cheezy Hotdog yang menjadi sebutan ramai


Hotdog yang siap dimasukkan ke dalam kotak jualan

Tarikh
12 March 09

Masa
10.00 - 12.00 pm


Tempat
Hostel lagi..
(cawangan lain akan dibuka tak lama lagi..insyaAllah)

Harga
RM 2 Cheesy Hot Dog
RM 2 BBQ Hot Dog

Target
60 Biji

Status
Sold Out!!

Thursday, February 26, 2009

Iklan Sikit : Tshirt Spirulina FC Kini Dibuka Untuk Tempahan..

Dalam menghadapi kegawatan ekonomi yang melanda dunia termasuklah Cyberjaya, Maka warga Spirulina telah bersepakat untuk memilih tshirt berbanding jersey sebagai pakaian rasmi pasukan..

Dan design yang telah berjaya terpilih..



Tempahan adalah terbuka kepada semua..

RM20 Short sleeve.
RM21 Long Sleeve

Tarikh tutup tempahan 2/3/2009 (Isnin Malam)


tempah segera melalui Haziq dan Hariz di :


ym - flipoffje@yahoo.com (Haziq)
ym - Thugz_nerd@yahoo.com (hariz)

Wednesday, February 18, 2009

Tips Elakkan Mengantuk Dalam Lecture..

Dah lama rasanya tak update blog ni sampai elizabeth wong yang busy dengan masalah dia pun memberi komen..haha!Okla..bagi menghargai guest2 guataktipu kali ini gua nak kongsi sikit tips untuk hilangkan rasa mengantuk di dalam tempat belajar(lecture).

Sekarang negara kita menghadapi musim panas..cyberjaya yang sedia panas ni makin bertambah2 la kepanasannya..so bila panas makin mudah la kita menjadi penat sebab banyak kehilangan air dalam badan..maka tak hairan la student yang tido time lecture dapat dilihat dengan mudahnya.haha

Setakat ni hanya student lelaki jer yang gua lihat selalu tido dalam kelas ni..especially yang suka duduk kat belakang..apsal lelaki jer yang kaki tidur?perempuan tak mengantuk ker?ermm..maybe dorang mempunyai sifat malu yang tinggi or rasa or tak cun bila tido dalam klas..haha

Lain orang lain caranya untuk menghilangkan mengantuk..walaupun kadang2 kantoi ,tapi ni cara aku..


1.Tidur
Sememangnya cara yang paling terbaik dan berkesan..tidur yang berkualiti memang susah nak dapat..tapi bila dah dapat, 10 minit pun da cukup untuk hilangkan mengantuk..bila ada gap kelas aku selalu tidur kat surau mmu jer..dekat sikit!caranya..pergi surau..letak bag..baring..Zzz..


2.Makan Gula-gula
Aku memang simpan stok gula-gula untuk kes mengantuk ni. Biasanya aku beli perisa mint. Segar dan tahan lama sikit rasa dia. Memang agak berkesan..Kalau lecture 1 hour aku selalu bawak 4 biji jer gula-gula..3 biji aku makan, lagi satu spare kalau-kalau kena pau..haha


3.Basuh Muka
Cara yang agak sederhana berkesan..dapat hilangkan mengantuk dalam 30 minit. Tak pun selagi air tu masih ada jer. Bila da kering..mengantuk la balik..jarang aku buat sebab malas nak keluar kelas pergi toilet..


4.Tampar Diri Sendiri
Kalau rasa mengantuk tampar diri sendiri beberapa kali. Biar sampai merah pipi. Kalau ada member kat sebelah, lebih baik minta member tamparkan. Kalau takut pipi tak cantik, berbekas kena tampar, boleh try gigit jari. Continuously gigit atau hisap ibu jari, guarantee tak mungkin terlelap.


5.Berkomunikasi
Dengan berborak dengan member, otak akan berfungsi dan mulut pula sentiasa bergerak..jadi tentu tak sempat nak tidur kan..lebih baik la kalau borak kosong jer..tak kan dalam lecture pun nak borak pasal politik or ekonomi..riuh rendah la nanti..apapun,pastikan volume sentiasa terkawal supaya lecturer tak panas hati dan belajar pun dapat berkat..


6.Hiburan(main game,dgr lagu)
Bila masuk kelas yang boring..boleh hilangkan mengantuk dengan main games handphone.Banyak games menarik antaranya fifa08 ,tennis, jet fighter yang ada kat phone sekarang. Paling tidak pun mesti ada game snake kan..Tapi disadvantages nya, apa yang lecturer ajar tak masuk la dalam otak bila main game jer..


Rasanya ini sahaja cara yang aku buat bila dah mengantuk..so kalau korang ada cara lain boleh la kalau nak share sama..