Thursday, February 5, 2009
Perkembangan di Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata tiada sebab bagi beliau untuk meletakkan jawatan seperti yang disarankan oleh pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut perlembagaan Perak, kata Mohd Nizar, Pakatan masih merupakan sebuah kerajaan yang sah kecuali dewan undangan negeri bersidang untuk meluluskan undi tidak percaya atau jika kerajaan Pakatan meletak jawatan.
Menjawab soalan pemberita, Mohd Nizar berkata, kerajaan Pakatan akan terus berfungsi seperti biasa sehingga Sultan membuat keputusan berhubung permohonan pembubaran dewan undangan negeri.
Perhimpunan Sokong MB Perak
Satu perhimpunan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat akan diadakan di kediaman menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini untuk menyatakan sokongan penuh kepada beliau dalam menghadapi situasi politik yang tidak menentu di negeri itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberi penjelasan secara terus kepada rakyat berhubung isu-isu yang berlalu di Perak.
"Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat.
Mengulas lanjut mengenainya, Anwar berkata, PKR dan Pakatan berpandangan bahawa "kita harus tunduk kepada kehendak rakyat".
"Kita mesti bertegas dalam isu ini, kembalikan kuasa kepada rakyat, terutama dalam situasi yang tidak menentu di Perak."Cara mengugut, membeli dan melarikan Adun tidak boleh dipertahankan," tegasnya.
Sehubungan itu, Anwar menggesa supaya kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru daripada mereka."Serahkan kepada rakyat, biar rakyat tentukan, sekiranya BN berhak memerintah, maka biarkanlah.
"Tapi saya yakin, kita akan mendapat majoriti yang lebih besar," tegas Anwar.
Sumber : Malaysiakini
Saturday, January 17, 2009
Pilihanraya kecil Kuala Terengganu : Calon Pas Menang..

KUALA TERENGGANU: Calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut hari ini telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Keputusan itu diumumkan oleh Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.30 malam.Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi.
Beliau menang dengan majoriti 2,631.Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.Wan Ahmad Farid memperolehi jumlah besar undi pos iaitu sebanyak 1,039 undi.
Wednesday, January 7, 2009
Anwar: Hudud tidak dipaksa ke atas bukan Islam

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.
"Tiada niat untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.
Ia merupakan ceramah besar pertama selepas penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terenggani pagi semalam.
Malah ia juga adalah kenyataan pertama Anwar mengenai hudud sejak ia muncul dua minggu lalu.
Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.
"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.
"Ronnie Liu (daripada DAP) mungkin kata Kristian adalah lebih baik manakala saya kata Islam lebih baik.
"Tetapi umumnya kami mempunyai matlamat sama untuk menjadikan negara lebih baik," katanya.
Isu undang-undang hudud dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu forum di Kota Bahru lebih dua minggu lalu.
Dalam forum tersebut, Khairy meminta Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan pendiriannya mengenai hudud dan Husam menegaskan parti itu akan melaksanakan hudud dan qisas sebaik sahaja pakatan pembangkang memerintah negara ini.
sumber : The Star

