Showing posts with label information. Show all posts
Showing posts with label information. Show all posts

Wednesday, April 29, 2009

Tag by Karim : Wallpaper of the month

Stop for awhile and take a snapshot of ur desktop and upload it on your blog.

Below is the wallpaper i use for this month :



'Kertas dinding' ini telah digunakan bukan hanya sebulan..tapi sejak dari pertengahan 2007 lagi..


Pemandangan semulajadi yang kehijauan dapat memberi seribu ketenangan dan inspirasi.Selain hijau, gua rasa biru turut dapat memberi ketenangan dan kelembutan.


Jumlah 'icon' yang banyak tu hanya dapat dilihat ketika musim assignment sahaja. Waktu lain biasanya tidak akan lebih dari 10 'icon'.



People to tag :

Khaled, ixu, dawood,azhar, ezwan, zaf




Thursday, February 5, 2009

Perkembangan di Perak

Nizar: Saya tidak perlu letak jawatan

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata tiada sebab bagi beliau untuk meletakkan jawatan seperti yang disarankan oleh pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut perlembagaan Perak, kata Mohd Nizar, Pakatan masih merupakan sebuah kerajaan yang sah kecuali dewan undangan negeri bersidang untuk meluluskan undi tidak percaya atau jika kerajaan Pakatan meletak jawatan.

Menjawab soalan pemberita, Mohd Nizar berkata, kerajaan Pakatan akan terus berfungsi seperti biasa sehingga Sultan membuat keputusan berhubung permohonan pembubaran dewan undangan negeri.


Perhimpunan Sokong MB Perak

Satu perhimpunan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat akan diadakan di kediaman menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini untuk menyatakan sokongan penuh kepada beliau dalam menghadapi situasi politik yang tidak menentu di negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberi penjelasan secara terus kepada rakyat berhubung isu-isu yang berlalu di Perak.

"Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat.

Mengulas lanjut mengenainya, Anwar berkata, PKR dan Pakatan berpandangan bahawa "kita harus tunduk kepada kehendak rakyat".

"Kita mesti bertegas dalam isu ini, kembalikan kuasa kepada rakyat, terutama dalam situasi yang tidak menentu di Perak."Cara mengugut, membeli dan melarikan Adun tidak boleh dipertahankan," tegasnya.

Sehubungan itu, Anwar menggesa supaya kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru daripada mereka."Serahkan kepada rakyat, biar rakyat tentukan, sekiranya BN berhak memerintah, maka biarkanlah.

"Tapi saya yakin, kita akan mendapat majoriti yang lebih besar," tegas Anwar.

Sumber : Malaysiakini

Sunday, January 11, 2009

Sekilas dari Presentation Optics..

Laser Cutter

Maybe kalau anda semua perasan (kalu ader la..haha) banyak posting sebelum ni aku copy paste jer dari news portal kat internet..ini disebabkan kerana last week merupakan exam week bagi student mmu..nak kata busy, ada jer masa sebenarnya..cuma tak terkeluar idea nak buat posting baru dek risau pikir kan tentang exam..

So untuk posting kali ini, aku nak story pasal assignment optical waveguide and devices..kerja nya simple jer..kami ditugaskan untuk menyebarkan propaganda info berkenaan optics kepada pelajar junior tahun 1 (Alpha students).


Alang2 aku dah ada bahan untuk propaganda ni..apa kata nak kongsi sikit dengan readers guataktipu tentang 'what is optics actually about'..semoga korang terpengaruh dan berminat dengan optics ni..haha

Ada Apa Dengan Optics..
Apa yang korang gambarkan tentang optic??

contact lens..
cemin mata..
england optical..haha


LED Display

Sebenarnya benda tu cuma sebahagian kecil jer dalam optics ni..
Secara umum nya
Optics ni adalah apa2 saja yang berkaitan dengan cahaya.. terpulanglah kepada kita untuk memanipulasi cahaya ini sama ada untuk menghantar maklumat(transmission), memotong logam (laser), alat melihat waktu malam (infrared) , sebagai paparan skrin (LED), fenomena pelangi (spectrum) dan macam2 lagi..


Why Optics..

Optical Storage

Speed of Light = 3 X 108 m/s
Speed of electron =
2.3 X 10 -5 m/s

Wayar convensional yang dapat kita lihat di sepanjang jalan raya menggunakan electron sebagai carrier..
Manakala dalam fiber optics pula, carrier nya adalah cahaya..Sebagai analogi mudah,kita boleh anggap carrier ni macam posmen yang menghantar surat cinta...lagi cepat posmen hantar surat, lagi ramai orang suka..So berdasarkan info di atas, terdapat perbezaan speed yang amat ketara bukan..

Di dalam transmission system, speed memainkan peranan yang amat penting..it's all about how fast the informations can be transfer..kalau tidak mana mungkin student mmu asyik codemn jer internet hostel yang kadang2 lembab macam kura-kura.


Cuba tanyer berapa ramai yang emosional bila bercakap tentang internet connection yang slow nih.haha..

So di sini , fiber optics telah digunakan bagi mengatasi kelembapan internet ini..dengan ada nya streamyx, broadband dan projek HSBB tak lama lagi telah membolehkan berita2 tentang dunia dan Palestine diterima dalam sesaat dua saja..


Job Opportunities..

Led Flashlight

Ini adalah part yang paling ditunggu oleh student junior malam tu..
Korang pun nak tahu jugak ker ??

Aku rasa cukuplah kalau aku bagitau MMU adalah satu2 nya IPT di Malaysia yang menawarkan Optics untuk Degree student..

Kalau dalam falsafah economy, 'if the supply is less , the demand will be higher'.betul ker aku tulis ni..haha,tapi aku malas la nak komen banyak sebab nanti aku kena keje dengan TM jugak..

p/s : saper yang nak carrymarks tinggi sila amik optics..


Thursday, January 8, 2009

Israel Makin Melampau : Sekolah pun dibom..


Tentera darat Israel terus mara ke dalam wilayah Genting Gaza dengan menggempur lokasi-lokasi yang didakwa sebagai tempat persembunyian Hamas walaupun mendapat bantahan antarabangsa. Venezuela semalam mengusir Duta Israel ke negara itu dan menganggap serangan ke atas Gaza sebagai ‘penghapusan bangsa’.


Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menganggap serangan tentera Yahudi ke atas sekolah di Gaza yang meragut 48 nyawa sebagai perbuatan paling biadab.Seorang bekas pembantu kanan Saddam Hussein dalam rakaman video yang disiarkan semalam berkata, rejim Zionis tidak akan berani menyerang Gaza jika pemimpin Iraq itu masih berkuasa.

Monday, November 24, 2008

Poll Gua Tak Tipu..

Hari ini aku buat satu poll yang khas untuk pengunjung2 blog Gua Tak Tipu..


Poll ini akan ditutup dan result akan di post setelah mencapai 50 orang pertama..
Jadi saudara2 semua,sila membazir/meluangkan masa berharga anda dengan memenuhkan poll Gua Tak Tipu ini ok..hehe

"fight for your right!"

Thanks dan selamat menyambut hari Isnin..

Wednesday, November 19, 2008

Apa Yang Student MMU Selalu Buat Bila Banyak Duit..

Masuk kali ni dah 3 posting yang aku buat ada bersangkut paut dengan duit..lagipun sekarang kan tengah musim elaun masuk..so posting kali ni aku nak story sikit pasal aktiviti yang biasa student MMU buat bila banyak duit..

Membeli-Belah Di Lowyat
"Bila ko nak pergi Lowyat.."ayat yang pertama aku dengar bila elaun masuk isnin lepas.haha..
Memang dah menjadi kebiasaan bagi student MMU berlumba2 meng'UPGRADE'kan desktop/laptop masing2.Apatah lagi dengan kepesatan perkembangan technology yang menjadikan gadget2 dan spare part pc makin murah..ditambah pula kalau nak main latest games(eg:Red Alert 3,Fifa09,Need For Speed Undercover,etc..) memerlukan minimum spesification yang tinggi.


Aku nak beli mouse simple2 jer..gambar hiasan


Shopping2 Di Alamanda
Alamanda sebagai satu2 nya shopping complex yang paling dekat sememangnya menjadi tumpuan penduduk sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.Dengan pembukaan GSC Cinema di alamanda baru2 ni tentunya menjadi tarikan terbaru kepada student MMU,Lim Kok Wing dan IPTS berdekatan.Selain itu, terdapat juga banyak restoran2 yang sedap dan bowling center(lane dier pendek..so bagi aku tak berapa best) kat sini.


Welcome to Alamanda Putrajaya

Shopping2 di One Utama,The Curve,Mid Valley dan lain2
Bagi yang kaki shopping(of course not me!) pula,mesti tak puas kalau setakat pusing2 alamanda tu..kalau ajak kakak aku pun mesti dia tak teruja shopping kat alamanda.haha..Bagi aku tempat2 ni sangatla besar..even men bola pun tak pancit kalau banding nak explore satu mid valley or OU tu.Aku tak perlu nak komen pasal tempat ni sebab korang mesti lagi arif kan..hehe

Join Aktiviti Persatuan Yang Menarik
Excited betul aku tengok member2 aku yang dah sampai puncak Gunung Ledang, buat program ke Singapura, ke Bandung Indonesia, Myanmar dan banyak lagi.Memang seronok betul dapat jalan2 melawat tempat baru ni walaupun bayaran dier agak tinggi tapi setimpal la dengan pengalaman yang diperoleh..apapun, aku pun ada join aktiviti Silat Cekak Hanafi yang tak kurang menarik gak..Jom Pi Kedah!harap2 tahun ni apa kata wat jauh lagi, JOm Pi Siam!haha..


Agak2 bila aku leh sampai kat puncak Gunung Kinabalu ni..


Jom Pi Kedah!


Melabur Dalam Saham Atau Unit Trust
Aku tak pasti berapa ramai student MMU yang join aktiviti2 melabur ni.Yang pastinya mesti ada juga terutamanya student dari faculty of manangement(fom) since mereka lebih terdedah kepada info2 economy ni.Namun jangan pula sangka student dari fakulti lain buta ekonomi,aku yakin mesti ada cuma the numbers is not as much as fom students.

Most Largest Private Unit Trust Company in Malaysia

Duit Simpan Dalam Bank Jer
Biasanya student jenis ni jarang keluar berjalan2, rajin study, duduk depan pc jer..Atau maybe mereka ader long term planning(eg: nak buka company, beli kereta, tolong keluarga or simpan duit untuk kahwin..hehe)

Setakat ni jerla posting kali ini..kalu korang ada info2 nak tambah boleh letak dalam ruang komen..

Monday, November 17, 2008

Kickstart GuaTakTipu..

Assalamualaikum semua..Sebagai kickstart blog GuaTakTipu ni aku nk story sikit info2 kesihatan yang aku dapat hasil jumpa dengan doktor klinik MMU jumaat lepas.Aku sebenarnya bukan la orang yang suka sangat makan ubat doktor ni..tapi hari tu alang-alang klinik itu satu jalan nak balik hostel aku pun singgah la kejap..

haha..ubat atas tu doktor bagi for relief of joint and muscular pains since aku slalu gak wat aktiviti2 lasak dan bersukan..Aku bukan nak cerita pasal ubat tapi sebenarnya info pasal minum ais dan mandi malam..

Ok Jer Nak Minum Ais
Dulu2 kalau kita demam or batuk mesti parents bagi tahu jangan minum ais.Kata orang ais akan lambatkan batuk nak sembuh.Cuba bayangkan hidup tanpa milo ais, teh ais, sirap ais..pergh,mesti seksa kan!lebih2 lagi sekarang duduk kat cyberjaya yang p
anas macam kat gurun dah ni..haha.

Tu yang aku pelik bila doktor beritahu ais tu takde effect untuk badan kita.Sebab tubuh kita mempunyai mekanisme tersendiri untuk mengekalkan temperature optimum body bagi tindakbalas antibody secara effective.Aku happy jerla dengar info tu..pasni kalu ada orang sound kita nak makan ice cream time2 batuk boleh la counter balik..haha


Jom perkena Cornetto Ice Cream


Mandi Malam Lepas Bersukan
Maybe ramai yang anggap mandi malam tidak baik untuk kesihatan.Selalunya yang kerap mandi malam ini adalah pekerja yang balik lewat atau student yang main futsal malam2 termasuk aku gak.huhu..Ada pendapat mengatakan selalu mandi malam akan menyebabkan penyakit peparu berair.Tak dinafikan aku pun ada terjumpa artikel2 yang menyokong statement ini kat internet.

Tetapi menurut doktor MMU tu pulak, mandi malam atau siang ke..sama saja!Dua2 pun untuk kebersihan diri..tapi yang tidak digalakkan adalah tidur mengadap kipas secara direct.So pasni kepada member2 kat luar tu nak tdo jauh la sikit dari kipas,pakai baju dan kalu ada blanket lagi bagus..

p/s : kalu doktor tu tipu makna nya artikel ni secara automatiknya tak bole pakai ok!
Namun aku akan cuba dapatkan pengesahan dari doktor lain.