Wednesday, February 18, 2009

Tips Elakkan Mengantuk Dalam Lecture..

Dah lama rasanya tak update blog ni sampai elizabeth wong yang busy dengan masalah dia pun memberi komen..haha!Okla..bagi menghargai guest2 guataktipu kali ini gua nak kongsi sikit tips untuk hilangkan rasa mengantuk di dalam tempat belajar(lecture).

Sekarang negara kita menghadapi musim panas..cyberjaya yang sedia panas ni makin bertambah2 la kepanasannya..so bila panas makin mudah la kita menjadi penat sebab banyak kehilangan air dalam badan..maka tak hairan la student yang tido time lecture dapat dilihat dengan mudahnya.haha

Setakat ni hanya student lelaki jer yang gua lihat selalu tido dalam kelas ni..especially yang suka duduk kat belakang..apsal lelaki jer yang kaki tidur?perempuan tak mengantuk ker?ermm..maybe dorang mempunyai sifat malu yang tinggi or rasa or tak cun bila tido dalam klas..haha

Lain orang lain caranya untuk menghilangkan mengantuk..walaupun kadang2 kantoi ,tapi ni cara aku..


1.Tidur
Sememangnya cara yang paling terbaik dan berkesan..tidur yang berkualiti memang susah nak dapat..tapi bila dah dapat, 10 minit pun da cukup untuk hilangkan mengantuk..bila ada gap kelas aku selalu tidur kat surau mmu jer..dekat sikit!caranya..pergi surau..letak bag..baring..Zzz..


2.Makan Gula-gula
Aku memang simpan stok gula-gula untuk kes mengantuk ni. Biasanya aku beli perisa mint. Segar dan tahan lama sikit rasa dia. Memang agak berkesan..Kalau lecture 1 hour aku selalu bawak 4 biji jer gula-gula..3 biji aku makan, lagi satu spare kalau-kalau kena pau..haha


3.Basuh Muka
Cara yang agak sederhana berkesan..dapat hilangkan mengantuk dalam 30 minit. Tak pun selagi air tu masih ada jer. Bila da kering..mengantuk la balik..jarang aku buat sebab malas nak keluar kelas pergi toilet..


4.Tampar Diri Sendiri
Kalau rasa mengantuk tampar diri sendiri beberapa kali. Biar sampai merah pipi. Kalau ada member kat sebelah, lebih baik minta member tamparkan. Kalau takut pipi tak cantik, berbekas kena tampar, boleh try gigit jari. Continuously gigit atau hisap ibu jari, guarantee tak mungkin terlelap.


5.Berkomunikasi
Dengan berborak dengan member, otak akan berfungsi dan mulut pula sentiasa bergerak..jadi tentu tak sempat nak tidur kan..lebih baik la kalau borak kosong jer..tak kan dalam lecture pun nak borak pasal politik or ekonomi..riuh rendah la nanti..apapun,pastikan volume sentiasa terkawal supaya lecturer tak panas hati dan belajar pun dapat berkat..


6.Hiburan(main game,dgr lagu)
Bila masuk kelas yang boring..boleh hilangkan mengantuk dengan main games handphone.Banyak games menarik antaranya fifa08 ,tennis, jet fighter yang ada kat phone sekarang. Paling tidak pun mesti ada game snake kan..Tapi disadvantages nya, apa yang lecturer ajar tak masuk la dalam otak bila main game jer..


Rasanya ini sahaja cara yang aku buat bila dah mengantuk..so kalau korang ada cara lain boleh la kalau nak share sama..


4 comments:

Anonymous said...

kalau nak elakkan ngntk tido ar

Anonymous said...

gua lebih cenderung kepada mencuci mata samada diluar atau didalam kelas.Takpun keluar makan sizzling kat HB2,kompom tak ngantuk.

Anonymous said...

Hari2 aku mengantuk kat dalam kelas sedangkan berjam-jam gak aku tidur sblm pi skolah. Malu juga lah kalau sllu mcm tu

Anonymous said...

ceh..sume step ko 2 dah try wat tapi 1 je jalan...tdo ah .tdo kan ubat mngantuk ...n ak pompuan ..slamberje tdo time lecture ble sdar wat ah muke toyo je..kekadang ak tau gak lecture suke perhati aku ..lantak ah