Wednesday, January 7, 2009

Bulan Muharram : Hari Asyura

PENGENALAN MUHARRAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

PERISTIWA PENTING
  • 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah.
  • 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  • 1.Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • 2.Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • 3.Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • 4.Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • 5.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • 6.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • 7.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • 8.Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • 9.Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • 10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • 11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • 12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • 13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • 14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • 15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • 16.Allah menjadikan 'Arasy.
  • 17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • 18.Allah menjadikan alam.
  • 19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • 20.Nabi Isa diangkat ke langit.
AMALAN-AMALAN SUNAT

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  • 1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • 2.Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • 3.Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  • 4.Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Tiga belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  • 1.Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • 2.Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  • 3.Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  • 4.Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  • 5.Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  • 6.Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • 7.Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  • 8.Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • 9.Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  • 10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  • 11.Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  • 12.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  • 13.Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
sumber : http://www.al-azim.com

No comments: