Ibu muda dipenjara dua hari, denda RM300 kerana mencuri di pasar raya
BALIK PULAU 5 Jan. — Seorang ibu muda dihukum penjara dua hari dan denda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana kesalahan mencuri di sebuah pasar raya di Bayan Baru di sini pada 2 Jan lepas.
Fariza Mohd. Hooron, 23, mengaku salah mencuri 28 jenis barangan keperluan harian, antaranya sebungkus susu Anlene, satu set minyak wangi, sepaket mi segera dan petai yang kesemuanya bernilai RM275.09 pada pukul 1.45 tengah hari, 2 Jan lepas di pasar raya berkenaan.
Dia dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Fariza ketika memohon hukuman ringan di hadapan Majistret Norhayati Johar berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan wang ekoran tidak lagi bekerja kerana kilang tempat dia bekerja ditutup dan hanya suaminya yang menyara keluarga.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Insp Md Saad Hassan. - Bernama
sumber : Utusan Malaysiaulasan :
1) Krisis ekonomi dunia nampaknya telah menunjukkan kesan di malaysia.
2) Tapi pak menteri keduitan kita selalu cakap..OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM..OUR FUNDAMENTALS IS VERY STRONG..
3)Media kita yang agak bias..bila orang kaya,org kenamaan atau golongan artis ditangkap buat salah,tak di umumkan pun nama mereka..
tp bila org2 miskin, tak terkenal atau biasa2 mcm kita semua buat salah,habisla nanti akan dicanang nama ke seluruh negara..
No comments:
Post a Comment