Saturday, January 31, 2009
Tabik buat PM Turki Erdogan..
PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."
Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."
Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah." "Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus."
Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan.
Sumber : Berita Harian
p/s: OIC perlukan ketua seperti ini..bukan pemimpin yang kaki tidur dan hanya berani mengutuk amerika dan israel di negara sendiri sahaja..
Friday, January 23, 2009
Trip ke Genting : Gambar - gambar..
Kepada sahabat2 yang join genting trip 21 jan lepas bole download gamba pada link di bawah..
Genting Trip 1 :- http://rapidshare.com/files/188203420/Genting_Trip_1.rar.html
Genting Trip 2 :- http://rapidshare.com/files/188204271/Genting_Trip_2.rar.html
Genting Trip 3 :- http://rapidshare.com/files/188200756/Genting_Trip_3.rar.html
Genting Trip 4 :- http://rapidshare.com/files/188204392/Genting_Trip_4.rar.html
Genting Trip 5 :- http://rapidshare.com/files/188208270/Genting_Trip_5.rar.html
Disebabkan folder gamba ni terlalu besar, so aku telah cut menjadi 5 file untuk mencepat process mengupload dan mendownload..
Tapi kalu korang tak sabar nak gamba cepat..bole datang hostel amik sendiri kat aku..
jangan lupa bawak pendrive dan kfc dalam 2-3 ketul!hehe..
Saturday, January 17, 2009
Pilihanraya kecil Kuala Terengganu : Calon Pas Menang..
KUALA TERENGGANU: Calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut hari ini telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Keputusan itu diumumkan oleh Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.30 malam.Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi.
Beliau menang dengan majoriti 2,631.Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.Wan Ahmad Farid memperolehi jumlah besar undi pos iaitu sebanyak 1,039 undi.
Friday, January 16, 2009
Ikon Gadis Melayu Muncul Akhirnya..
Malam tadi telah berlangsung Pencarian gadis melayu episode akhir
Tahniah kepada Khairul Noormaidah Zali (Aida) kerana telah menjadi juara sekaligus menjadi Ikon Gadis Melayu..
Sunday, January 11, 2009
Sekilas dari Presentation Optics..
So untuk posting kali ini, aku nak story pasal assignment optical waveguide and devices..kerja nya simple jer..kami ditugaskan untuk menyebarkan
Alang2 aku dah ada bahan untuk propaganda ni..apa kata nak kongsi sikit dengan readers guataktipu tentang 'what is optics actually about'..semoga korang terpengaruh dan berminat dengan optics ni..haha
Ada Apa Dengan Optics..
Apa yang korang gambarkan tentang optic??
contact lens..
cemin mata..
england optical..haha
Sebenarnya benda tu cuma sebahagian kecil jer dalam optics ni..
Secara umum nya Optics ni adalah apa2 saja yang berkaitan dengan cahaya.. terpulanglah kepada kita untuk memanipulasi cahaya ini sama ada untuk menghantar maklumat(transmission), memotong logam (laser), alat melihat waktu malam (infrared) , sebagai paparan skrin (LED), fenomena pelangi (spectrum) dan macam2 lagi..
Speed of Light = 3 X 108 m/s
Speed of electron = 2.3 X 10 -5 m/s
Wayar convensional yang dapat kita lihat di sepanjang jalan raya menggunakan electron sebagai carrier.. Manakala dalam fiber optics pula, carrier nya adalah cahaya..Sebagai analogi mudah,kita boleh anggap carrier ni macam posmen yang menghantar surat
Di dalam transmission system, speed memainkan peranan yang amat penting..it's all about how fast the informations can be transfer..kalau tidak mana mungkin student mmu asyik codemn jer internet hostel yang kadang2 lembab macam kura-kura.
Cuba tanyer berapa ramai yang emosional bila bercakap tentang internet connection yang slow nih.haha..
So di sini , fiber optics telah digunakan bagi mengatasi kelembapan internet ini..dengan ada nya streamyx, broadband dan projek HSBB tak lama lagi telah membolehkan berita2 tentang dunia dan Palestine diterima dalam sesaat dua saja..
Job Opportunities..
Ini adalah part yang paling ditunggu oleh student junior malam tu..
Korang pun nak tahu jugak ker ??
Aku rasa cukuplah kalau aku bagitau MMU adalah satu2 nya IPT di Malaysia yang menawarkan Optics untuk Degree student..
Kalau dalam falsafah economy, 'if the supply is less , the demand will be higher'.betul ker aku tulis ni..haha,tapi aku malas la nak komen banyak sebab nanti aku kena keje dengan TM jugak..
p/s : saper yang nak carrymarks tinggi sila amik optics..
Thursday, January 8, 2009
Israel Makin Melampau : Sekolah pun dibom..
Tentera darat Israel terus mara ke dalam wilayah Genting Gaza dengan menggempur lokasi-lokasi yang didakwa sebagai tempat persembunyian Hamas walaupun mendapat bantahan antarabangsa. Venezuela semalam mengusir Duta Israel ke negara itu dan menganggap serangan ke atas Gaza sebagai ‘penghapusan bangsa’.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menganggap serangan tentera Yahudi ke atas sekolah di Gaza yang meragut 48 nyawa sebagai perbuatan paling biadab.Seorang bekas pembantu kanan Saddam Hussein dalam rakaman video yang disiarkan semalam berkata, rejim Zionis tidak akan berani menyerang Gaza jika pemimpin Iraq itu masih berkuasa.
Wednesday, January 7, 2009
Anwar: Hudud tidak dipaksa ke atas bukan Islam
KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.
"Tiada niat untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.
Ia merupakan ceramah besar pertama selepas penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terenggani pagi semalam.
Malah ia juga adalah kenyataan pertama Anwar mengenai hudud sejak ia muncul dua minggu lalu.
Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.
"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.
"Ronnie Liu (daripada DAP) mungkin kata Kristian adalah lebih baik manakala saya kata Islam lebih baik.
"Tetapi umumnya kami mempunyai matlamat sama untuk menjadikan negara lebih baik," katanya.
Isu undang-undang hudud dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu forum di Kota Bahru lebih dua minggu lalu.
Dalam forum tersebut, Khairy meminta Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan pendiriannya mengenai hudud dan Husam menegaskan parti itu akan melaksanakan hudud dan qisas sebaik sahaja pakatan pembangkang memerintah negara ini.
sumber : The Star
Bulan Muharram : Hari Asyura
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
PERISTIWA PENTING
- 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah.
- 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
- 1.Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- 2.Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- 3.Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- 4.Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- 5.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- 6.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- 7.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- 8.Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- 9.Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- 10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- 11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- 12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- 13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
- 14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- 15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- 16.Allah menjadikan 'Arasy.
- 17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- 18.Allah menjadikan alam.
- 19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- 20.Nabi Isa diangkat ke langit.
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
- 1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- 2.Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- 3.Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
- 4.Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Tiga belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
- 1.Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- 2.Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- 3.Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- 4.Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- 5.Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- 6.Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- 7.Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- 8.Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- 9.Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- 10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- 11.Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
- 12.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- 13.Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Monday, January 5, 2009
Dah la tiada duit, kena denda lagi..
Ibu muda dipenjara dua hari, denda RM300 kerana mencuri di pasar raya
BALIK PULAU 5 Jan. — Seorang ibu muda dihukum penjara dua hari dan denda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana kesalahan mencuri di sebuah pasar raya di Bayan Baru di sini pada 2 Jan lepas.
Fariza Mohd. Hooron, 23, mengaku salah mencuri 28 jenis barangan keperluan harian, antaranya sebungkus susu Anlene, satu set minyak wangi, sepaket mi segera dan petai yang kesemuanya bernilai RM275.09 pada pukul 1.45 tengah hari, 2 Jan lepas di pasar raya berkenaan.
Dia dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Fariza ketika memohon hukuman ringan di hadapan Majistret Norhayati Johar berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan wang ekoran tidak lagi bekerja kerana kilang tempat dia bekerja ditutup dan hanya suaminya yang menyara keluarga.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Insp Md Saad Hassan. - Bernama
sumber : Utusan Malaysiaulasan :
1) Krisis ekonomi dunia nampaknya telah menunjukkan kesan di malaysia.
2) Tapi pak menteri keduitan kita selalu cakap..OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM..OUR FUNDAMENTALS IS VERY STRONG..
3)Media kita yang agak bias..bila orang kaya,org kenamaan atau golongan artis ditangkap buat salah,tak di umumkan pun nama mereka..
tp bila org2 miskin, tak terkenal atau biasa2 mcm kita semua buat salah,habisla nanti akan dicanang nama ke seluruh negara..
Sunday, January 4, 2009
Boikot untuk rakyat Palestine..
Sabtu ,03/01/2009 -Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.
"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha.
Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx
Jom boikot company yang menyokong keganasan israel..